Rozita Che Wan: Hak Saya Mahu Letak Gambar Apa Sekalipun


Betul cakap Zain Saidin sebelum ini dalam satu temubual bersama media dengan mengatakan apa pun yang mereka berdua buat atau muat naik ke laman Instagram, pasti menjadi kontroversi. Might as well do whatever they want ‘kan? #YOLO

Sekeping gambar Rozita Che Wan bersama Zain Saidin ketika percutian mereka ke Paris baru baru ini telah mengundang kontroversi apabila pasangan itu didakwa berciuman di hadapan menara Eiffel tanpa segan silu.
“Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta”
Rozita Che Wan berkata demikian kepada Kosmo! selepas diminta mengulas isu ini dan beliau tidak serik untuk memuat naik gambar peribadi ke laman Instagram kerana ada hak sendiri — jika peminat tidak suka, boleh berhenti mengikuti akaun beliau.
“Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini,” tambah Rozita Che Wan yang akan terus ligat bercuti ke luar negara selepas ini. (rtky/m)

0 Response to "Rozita Che Wan: Hak Saya Mahu Letak Gambar Apa Sekalipun"

Post a Comment