Respon Rozita Che Wan isu bra warna merah miliknya tersebar

Sebulan lalu, sekeping gambar bra warna merah yang didakwa milik pelakon jelita Rozita Che Wan telah tersebar secara meluas di laman sosial sehingga mengundang tomahan dan kritikan dari orang ramai.

Susulan itu, pihak media segera menghubungi empunya tuan badan untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu tersebut. Menurut Rozita, dia hanya mengetahui gosip terbaru itu menerusi adiknya, Ayu Raudhah sekitar minggu lalu namun tidak sempat membuat ulasan.

“Saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu. Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu.”

“Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.”


Selain itu, Rozita turut menganggap perbuatan individu terbabit yang menyebarkan gambar berkenaan sebagai gila dan tidak masuk. Jadi, dia meminta agar ianya dihentikan segera kerana perkara itu tidak berfaedah dan hnya membazir masa.

“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya. Namun, sebab mereka gunakan nama saya & menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.”

0 Response to "Respon Rozita Che Wan isu bra warna merah miliknya tersebar"

Post a Comment