Langkah sedemikian membolehkan dikawal kerajaan dengan mengambilalih syarikat penerbangan AS $1.3 bilion (RM4.2 bilion), kira-kira 10 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran syarikat itu minggu lepas, menurut laporan institusi perbankan itu lagi.
“Dalam persekitaran seperti ini, mereka mempunyai simpati seluruh dunia jika mereka (MAS) mahu melakukan penstrukturan semula,” jelas James Lau yang telah membantu menguruskan AS$300 juta (RM978 juta) di Pheim Asset Management Sdn di Kuala Lumpur, memberitahu Bloomberg.
“Pemegang saham ingin melihat mereka mengambil keputusan yang sukar”.
Bloomberg melaporkan bahawa kesan kehilangan MH370 sudah dilihat dengan China menerajui dan memboikot MAS.
Agensi pelancongan yang telah memboikot serta tidak menjual tiket penerbangan MAS antaranya ELong Inc dan Ly.com manakala sebuah laman web pelancongan Qunar Cayman Islands Ltd dimiliki oleh Baidu Inc juga telah ikut serta memboikot MAS.
Maklumat diperolehi daripada data syarikat yang melakukan proses pemfailan menunjukkan bahawa terdapat banyak tempat duduk kosong dalam laluan-laluan penerbangan antarabangsa MAS pada Mac itu yang rata-rata penuh 74 peratus, ia menunjukkan bilangan yang paling rendah dalam hampir dua tahun.
kira-kira 80 peratus secara purata kerusi dipenuhi dalam bulan yang sama pada 2013, kata laporan itu.
Syarikat penerbangan itu yang majoriti dimiliki oleh Khazanah, akan kehilangan AS $346,000,000 (RM1.1 bilion) pada akhir tahun 2016, menurut penganalisis berdasarkan anggaran carian data yang dikumpul oleh Bloomberg.
Sementara itu, seorang penganalisis, Mohshin Aziz berpendapat ia tidak berjalan dengan lancar di Maybank di Kuala Lumpur.
“Melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza adalah suatu perkara tidak masuk akal dan sia-sia,” ujarnya yang bekerja di Maybank, Kuala Lumpur.
Laporan Bloomberg sepadan dengan analisis diterbitkan Reuters pada 26 Mac lalu, MAS mengalami kecairan tunai sebelum kehilangan penerbangan MH370 didorong dengan beberapa maklum balas menyatakan bahawa ia mungkin memerlukan Khazanah untuk menyelamatkannya.
Reuters melaporkan bahawa MAS telah mengalami aliran tunai negatif selama tiga tahun operasi – yang bermaksud ia tidak menjana wang tunai yang mencukupi untuk memenuhi kos harian pengoperasian – dan telah mempunyai aliran tunai bebas negatif dan aliran tunai operasinya ditolak perbelanjaan modal selama enam tahun.
“Malah anggapan ini (one-off), menyebabkan orang awam mula menyedari ia (syarikat penerbangan) berada di luar kawalan, kami menjangka beberapa bahagian tempahan akan menurun, masalah seterusnya dalam harga tiket dan – tanpa apa-apa perubahan kepada asas kos yang tinggi – MAS mungkin mengalami masalah lebih teruk berbanding pada 2013,” ujar Timothy Ross.
Pada masa sama, beliau yang juga penganalisis pengangkutan Asia Pasifik di Credit Suisse itu turut meramalkan MAS dijangka mengalami kerugian dalam tempoh tiga tahun mendatang.
0 Response to "Rakyat Malaysia sila bersiap sedia “Ikat Perut” untuk selamatkan kerugian MAS"
Post a Comment