Jumlah rakyat Malaysia berjuang di Syria membimbangkan kerajaan Malaysia


PETALING JAYA: Penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti dianggap sebagai militan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa, didedahkan kebelakangan ini, dan ia adalah satu perkara yang membimbangkan oleh kerajaan Malaysia.
Selepas serbuan polis terhadap 10 orang disyaki terlibat dalam kumpulan jihad berniat untuk menggulingkan kerajaan, klip video telah muncul di YouTube, yang memaparkan seorang “Ustaz” dari Baling, Kedah yang berjuang bersama kumpulan jihad di Syria.
Video sepanjang 1.04 minit itu, yang dimuat naik pada 18 Mac tahun ini, telah ditonton 2,700 kali setakat ini. Ia memaparkan “Uztaz” Lotfi Ariffin, yang berpakaian askar dengan senapang disandang di bahunya, bercangkung dalam parit dengan anggota jihad lain bagi mengelakkan diri dikesan oleh helikopter.
Lelaki-lelaki dalam video itu didengar berbual dalam bahasa Arab dan menjerit “Allahuakbar” beberapa kali.
Video ini juga dipaparkan di halaman Facebook peribadi Lotfi, bersama-sama dengan gambarnya bersama mesingan, pelancar roket dan pejuang jihad lain. Laman FB beliau mempunyai lebih daripada 6,200 ‘likes’.
Pemeriksaan oleh theantdaily mendedahkan bahawa Lotfi juga telah berjuang bersama-sama Mujahiddin di Afghanistan, menentang Kesatuan Soviet, dan juga dengan Al- Qaeda di Tajikistan. Lelaki berusia 46 tahun itu juga telah dipenjara selama enam tahun di kem tahanan Kamunting, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari tahun 2001 sehingga 2006.
Lotfi telah pun menulis empat buah buku ketika beliau berada dalam tahanan ISA. Sebelum ke Syria, beliau adalah seorang tokoh agama yang dikagumi di Kedah, di mana beliau memegang jawatan sebagai ketua penerangan Dewan Ulama PAS Kedah.
Lotfi juga telah menjalankan usaha merekrut pejuang lain di kalangan peminat FB beliau. Dalam sebuah posting-nya dua minggu lalu, beliau telah menyatakan bahawa beliau mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai jihad, demi maruah Islam.
“Bagi mereka yang benar-benar memahami makna jihad, sila cari jalan untuk ke Turki dan anda boleh menghubungi saya dari sana untuk masuk ke Syria. Ia menelan belanja hanya kira-kira RM6,000, tidak termasuk tiket penerbangan ke Turki. Saya tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa dana yang dikumpul oleh pihak lain bagi saya, atau dengan menggunakan nama saya,” tulis beliau.
Lotfi bukan satu-satunya warga Malaysia yang telah mengangkat senjata di Syria, yang mengalami perang saudara sejak 2011. Rakan kepadanya Akel Zainal adalah bekas anggota kumpulan music 90-an Ukays, yang telah menukar kayu gendang beliau untuk AK47, bagi berperang di Syria.
Akel yang berasal dari Kelantan, juga telah dilihat dalam banyak gambar yang dimuatnaik ke halaman FB dan blog menyokong perjuangan jihad Syiah Lofti itu. Dalam satu daripadanya, dia dilihat memakai pembalut di kepala bagi menutup luka yang dialami semasa pertempuran dengan tentera kerajaan.
Beratus-ratus ribu orang dipercayai telah terbunuh dan berjuta-juta telah melarikan diri rumah mereka sejak perang saudara ini tercetus pada tahun 2011. Tentera pemberontak menentang tentera kerajaan yang menyokong Presiden Bashar al-Assad.
Sementara itu, portal berita Free Malaysia Today memetik sumber sebagai berkata bahawa sekurang-kurangnya lima rakyat muda Malaysia sedang berjuang atas sebab yang sama di Syria.
Menurut laporan itu, lima mereka berumur di bawah 25 tahun dan tidak mempunyai latihan ketenteraan sebelum mereka menyertai Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), sebuah kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda Februari lalu dan kini aktif di Syria dan Iraq.
Kebanyakan pemuda ini dipercayai telah menyertai perang di Syria atas kemahuan mereka sendiri selepas menonton kekejaman yang dilakukan oleh rejim Assad di Internet.
Ia adalah tidak jelas sama ada terdapat mana-mana kumpulan di Malaysia yang bertanggungjawab merekrut ahli-ahli baru.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik bagi polis untuk menyiasat sedalamnya perkara ini, bagi memastikan aktiviti militan tidak menjadi kebiasaan dan mengancam keselamatan negara.
Orang-orang ini telah menyertai perang dengan harapan untuk mati syahid. Jika mereka terselamat, mereka akan ‘tersangkut’ kerana mereka tidak akan dialu-alukan kembali ke Malaysia, kerana pentadbiran semasa negara ini menyokong pemerintahan Assad.

0 Response to "Jumlah rakyat Malaysia berjuang di Syria membimbangkan kerajaan Malaysia"

Post a Comment