PUNCA Aktress Popular Tasha Shilla Pengsan Dalam Keranda


PELAKON baru yang popular dengan drama bersiri "Bunga April" Tasha Shilla,25 tahun dikatakan pengsan di dalam keranda, baru-baru ini.

Ketika kejadian, pelakon muda itu sedang menjalani penggambaran dan salah satu adegan yang perlu dilakonkan adalah di mana watak beliau telah meninggal dunia, dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan.

Adegan seram ini adalah dari sebuah telefilem seram bertajuk Panggilan Arwah yang bakal disiarkan melalui saluran astro, di mana dia juga perlu membayangkan iblis di sekitar jenazahnya untuk mengajaknya ke neraka.

Ketika disoal selepas beberapa jam tidak sedarkan, dia berkata:"Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi yang saya ingat, saya sedih dan saya menangis. Kemudian saya tersedar dan perasan krew-krew sedang mengelilingi saya".

Krew-krew yang berada ditempat kejadian memberitahu bahawa beliau telah pengsan selama tiga jam.

"Saya mungkin pengsan kerana sedikit tekanan ketika berlakon", tambahnya lagi.

Selepas sedar dari pengsan, penggambaran filem itu diteruskan semula.

Pelakon jelita ini dilanda kontroversi baru-baru ini mengenai sambutan hari jadinya disebuah kelab malam dan beliau berjaya mengendalikan gosip itu dengan baik.

"Orang kata saya lesbian dan macam-macam tohmahan termasuk dikatakan "Pole-dancer". Saya sangat kecewa pada mulanya tetapi lega kerana ibu saya sentiasa menyokong saya. Saya menerima bahawa ini adalah sebagai sebahagian daripada lumrah apabila menjadi "public figure"," katanya.

Tasha dicalonkan sebagai finalis Anugerah Bintang Popular yang bakal tiba 8 April nanti sebagai calon Artis Baru Terbaik.

Beliau akan menjadi salah seorang yang dicalonkan yang akan memakai pakaian dress merahyang direka oleh Rafai serta mutiara dari Rafflesia.

Rancangan ini akan disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam pada 8 April.

0 Response to "PUNCA Aktress Popular Tasha Shilla Pengsan Dalam Keranda"

Post a Comment