Gombak – Dara perkasa.
Itulah gelaran layak diberikan terhadap seorang gadis berusia 21 tahun yang berani mengejar seorang peragut sebelum membelasah penjenayah lelaki terbabit hingga lembik di Taman Prima Gombak di sini, semalam.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, gadis terbabit dikatakan sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian sementara menanti kehadiran rakannya.
Sumber polis berkata, seorang peragut tiba-tiba muncul sebelum meragut beg tangan gadis itu yang diletakkan di atas meja makan.
“Mangsa yang berang dengan kejadian itu nekad mengejar suspek sejauh 100 meter. Suspek ketika itu dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Mangsa bagaimanapun melepaskan tendangan terbang mengenai tubuh suspek yang ketika itu cuba menghidupkan enjin motosikal. Tendangan kuat itu menyebabkan suspek terjatuh ke atas jalan raya,” katanya. – Harian Metro
0 Response to "Peragut Ini Dibelasah Sampai Lembik Oleh Gadis Umur 21 Tahun Di Gombak!"
Post a Comment