Kuala Lumpur : Kemaruk ‘pucuk muda’, seorang suami bukan saja sanggup berkahwin secara senyap-senyap dengan isteri baru berusia 23 tahun, malah cuba menundukkan isteri pertamanya dengan pelbagai amalan khurafat seperti menyembur minyak guna- guna di dalam bilik dan meletakkan tangkal di bawah tilam.
Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu terbongkar selepas isterinya hairan apabila hampir setiap minggu sejak tiga bulan lalu, suaminya ke selatan tanah air dengan alasan urusan kerja sehingga dia terbaca SMS berbaur cinta seperti ‘minggu depan abang datang sayang’ dan ‘abang rindu’ di telefon bimbit suaminya.
Selepas itu, bermulalah ‘perang’ membabitkan pasangan itu, namun si suami masih enggan mengaku menjalin hubungan sulit sehingga si isteri menemui sijil nikah Thailand tertera nama suaminya dan madu, dua bulan lalu.
Mangsa permainan suami itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 49, berkata, selepas menemui surat nikah, selama seminggu suaminya bermati-matian menafikan berkahwin lain sebelum akhirnya mengaku.
Mangsa permainan suami itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 49, berkata, selepas menemui surat nikah, selama seminggu suaminya bermati-matian menafikan berkahwin lain sebelum akhirnya mengaku.
“Saya tidak dapat menerima hakikat itu dan mahu suami meninggalkan isteri barunya. Saya pernah berbalas SMS dengan isteri barunya tetapi nampaknya dia juga keras kepala dan tetap mahukan suami saya.
0 Response to "KHURAFAT!!..Renjis guna-guna di bilik tidur"
Post a Comment