Polis sudah memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes ro g ol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei 2014 lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas pukul 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.
Beliau juga berkata, polis telah menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada pukul 4 pagi dan 10.30 pagi ini di sekitar Ketereh.
Akhbar semalam melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun dan rakannya mendakwa menjadi mangsa rogol 38 lelaki dalam kejadian kira-kira 7.30 malam pada 20 Mei lalu. Sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada rakan perempuan yang mendakwa berada di Ketereh dan meminta mangsa membantu membawanya pulang ke rumah.
Pelajar itu kemudian mendapatkan bantuan seorang rakan lelaki yang mempunyai motosikal untuk mengambilnya sebelum menjemput rakannya di Ketereh.
Berdasarkan siasatan awal, 10 daripada suspek terbabit didapati positif dadah dan berada di bawah pengaruh bahan itu ketika melakukan perbuatan berkenaan. Bagaimanapun, polis tidak dapat memastikan sama ada remaja perempuan ditahan reman dan mangsa yang juga pengadu berusia 15 tahun juga positif dadah kerana belum menjalani ujian air kencing.
Semua suspek lelaki yang ditangkap adalah positif dadah dan tindakan dilakukan ketika berada di bawah pengaruh dadah. Siasatan juga mendapati tempat kejadian sebuah rumah kosong yang dijadikan ‘port’ dadah.-sumber
0 Response to "Kejadian Remaja 14 Tahun Diper kosa Beramai-ramai : Mangsa Salah Seorang Dari 12 Suspek Ditahan Reman"
Post a Comment