GEMPAR!!..Yu `Makhluk Asing’ Ditemui Di Dasar Laut

Tokyo – Mungkin ini adalah makhluk paling menakutkan di lautan?
Ikan yu bermulut besar ini yang jarang ditemui `megamouth’ dan digelar makhluk asing ini ditemui di dasar laut pada kedalaman 800 meter.
Proses autopsi ke atasnya dijalankan secara terbuka di hadapan 1,500 orang oleh sepasukan pakar dari Muzium Sains Marin.
Ia merupakan kali ke-13 megamouth ini ditangkap di Jepun manakala di dunia, ia adalah yang ke-58.
Tangkapan ini merupakan peluang kepada saintis untuk memahami dengan lebih mendalam biologi megamouth , yang selama ini tidak banyak diketahui mengenainya.
Namun di sebalik misterinya, dipercayai ikan ini menghabiskan masa dengan berenang di dasar laut dan hanya naik ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan.
Ia mula ditangkap di Hawai pada kedalaman 165 meter selepas giginya terperangkap dalam sauh sebuah kapal penyelidik.
Yu ini pernah ditemui terdampar di pantai Australia Barat pada Ogos 1988.

0 Response to "GEMPAR!!..Yu `Makhluk Asing’ Ditemui Di Dasar Laut"

Post a Comment