Mereka yang menonton aksi berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati di laman-laman sosial. Ini termasuklah mendakwa Erin dan pasangannya langsung tidak prihatin semata-mata kerana mahu menang dan mendapatkan wang yang banyak. Juara tanpa sensitiviti, itu kata mereka terhadap pasangan muda itu.
HITS: Bangkai kambing dimakan begitu sahaja, biar betul ni?
ERIN: Saya ingin jelaskan, itu bukan bangkai kambing sebenarnya. Itu hanyalah daging kambing biasa dan bukannya bangkai. Cuma daging kambing itu separuh masak. Mereka (pihak pengurusan) mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatkan daging kambing itu berbau busuk dan kelihatan kotor. Janganlah salah faham.
Awak tahu kan, manusia yang waras tidak boleh memakan bangkai?
Tahu, memang saya tahu. Tapi itu bukan bangkai sebab itu kami masih boleh makan. Kalau itu memang bangkai, kita pun tahu sama ada ia halal atau haram untuk dimakan. Tetapi saya tidak nafi, itu adalah antara cabaran yang betul-betul menguji saya dari segi mental dan fizikal. Sepanjang program itu berlangsung, pasangan saya, Redha banyak sangat menolong. Kerjasama saya dengan dia sebagai sebuah kumpulan memang sangat kuat sehingga kami berjaya menghabiskan daging kambing yang agak berbau itu.
Selepas makan daging kambing busuk, anda menang RM200,000, puas hati?
Puas hati sangat-sangat. Ini atas segala usaha bersungguh-sungguh kami. Duit yang saya menang bersama Redha ini adalah satu bonus buat kami. Sudah tentu saya dan Redha membahagikan sama rata duit tersebut. Saya akan simpan duit ini untuk diri sendiri. Ibu pun sudah berpesan agar simpan buat bekalan diri dan guna untuk perkara berfaedah.
Duit banyak di tangan, pasti akan ada surat-surat untuk minta derma atau bantuan selepas ini. Apa kata Erin?
Ia ke ni? Rasanya tidak perlu bila sudah nampak saya ada duit banyak itu, baru hendak meminta. Menderma adalah perkara normal bagi saya. Lagipun, sebelum ini, saya memang selalu melakukan kerja amal kebajikan. Kalau ada rezeki lebih, saya memang akan beri bantuan.
Ada yang mengatakan awak dan Redha sesuai jadi pasangan. Ada perancangan untuk berkahwin dengan dia?
Tak baik tau. Redha tu tunangan orang. Dia tak buat masalah pun. Sepanjang sebulan di Cape Town memang saya bersama dia dan ramai yang nampak keserasian kami. Dia (Redha) kerja keras untuk kumpulan kami. Alhamdulillah, dia pasangan yang sesuai untuk bekerja. Lagipun, tunang dia tak ada masalah dan faham kami bekerja sebagai kumpulan. Semasa episod akhir, tunang dia datang mengucapkan 'terima kasih'. Saya tanya, untuk apa? Tunang Redha kata, terima kasih kerana memilih Redha memandangkan dia yang mendaftarkan Redha masuk Fear Factor.
Lari sedikit cerita Fear Factor, dengarnya sekarang sudah ada kekasih baharu, betul?
(Gelak). Ya, memang ada. Saya sudah kenal dia (kekasih) sejak empat bulan lalu. Kami bertemu di laman sosial Instagram selepas setahun memutuskan hubungan dengan bekas kekasih saya.
Siapa jejaka bertuah itu?
Saya hanya boleh beritahu nama dia F. Dia berusia 30 tahun. Dia seorang yang matang, romantik dan penyayang. Saya tertarik dengan kematangannya sebagai seorang lelaki dan paling penting dia tidak menghakimi tentang apa juga gosip dan cerita kurang enak mengenai saya sebelum ini.
Sudah bersedia berkahwin lah ni?
Pada tahap ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan soal umur bukan satu masalah kerana paling penting kita bertemu dengan orang yang tepat dan sesuai. Berdasarkan pengalaman lalu saya sudah malas untuk bercinta lama-lama kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana dan 'F' adalah cinta hati yang melengkapi diri saya sebagai seorang wanita. Tetapi bukan bererti saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.
0 Response to "FEAR FACTOR !!! MAKAN BANGKAI KAMBING, INI PENJELASAN DARI ERIN MALIK"
Post a Comment