Baru dinamakan sebagai antara Calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya dah jadi mangsa fitnah macai...


Setiausaha politik pemimpin DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud mungkin diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan dalam cubaan mengambil hati pengundi Melayu berikutan pendirian keras parti itu menolak hudud.

Dyana antara calon yang sedang dipertimbangkan oleh jawatankuasa pilihan calon parti, kata sumber daripada pimpinan pusat DAP.

Sumber itu turut mengesahkan ahli DAP Hew Kuan Yau, setiausaha politik kepada ketua DAP Perak Nga Kor Ming, Chong Zhe Min serta bekas ADUN Jalong Leong Mee Meng; turut dipertimbangkan.

Calon itu mungkin akan diumumkan Sabtu ini, dua hari sebelum penamaan calon PRK Teluk Intan, kata sumber itu kepada Malaysiakini .

Sementara itu, satu lagi sumber pimpinan pusat berkata jawatankuasa tersebut, yang dianggotai pemangku pengerusi parti, Tan Kok Wai, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Kit Siang sendiri masih belum membuat keputusan berkenaan calon berkenaan.

Kedua-dua Kit Siang dan Tan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang maklumat berkenaan calon parti itu.

"Saya tiada apa hendak dikatakan," jawab Kit Siang.

Umum mengetahui kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang telah pun diangkat menjadi wakil rakyat termasuk exco kanan Selangor Datuk Teng Chang Kim, dan Ean Yong Hian Wah; exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok dan MP Batu Kawan Kashturiraani Patto.

Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.

Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13.

Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah.

"Ya, memang saya berminat (bertanding di Teluk Intan)," kata Dyana kepada Malaysiakini tetapi mengaku pimpinan parti masih tidak memberitahu beliau mengenai pencalonan.

"Walaupun saya bukan dari Teluk Intan dan dan tidak banyak menghabiskan masa di sana, saya mempunyai kawan dan keluarga di sana,"kata beliau.

Yang menariknya dari empat nama yang dicalonkan di atas... seorang darinya telah menjadi mangsa fitnah macai...

0 Response to "Baru dinamakan sebagai antara Calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya dah jadi mangsa fitnah macai..."

Post a Comment