Tidak dinafikan, jika ingin berjaya dalam dunia glamor, seseorang itu perlulah tampil cantik dan menawan sentiasa.
Namun, bagi penulis, para selebriti kita tidaklah sampai sanggup untuk membuat pembedahan plastik semata-mata untuk bertambah jelita di mata khalayak ramai.
Dengan tidak semena-mena, nama pelakon cantik, Anzalna Nasir terkena tempias apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah bahawa aktres tersebut telah melakukan pembedahan di bahagian mukanya.
Tersentap dengan tuduhan itu, Anzalna telah memuat naik sebuah gambar di laman Instagramnya memberitahu perkara itu adalah fitnah semata-mata.
Kalau diperhatikan, mungkin gadis tersebut hanya ingin bergurau dengan rakannya di laman sosial tapi tak pasal-pasal jadi isu besar apabila perkara ini tersebar di kalangan peminat pelakon berusia 26 tahun itu.
Mungkin lepas ini gadis yang membuat tuduhan tersebut boleh berhati-hati dalam menulis status atau komennya di laman sosial. Kang tak pasal-pasal, dirinya boleh disaman hanya disebabkan penulisannya di alam maya.
0 Response to "ANZALNA DIFITNAH BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK"
Post a Comment