4 Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah Yang Kacak!


Sejak hubungan kisah cinta Shila Amzah dan Johan As'ari tidak terputus di tengah jalan pada tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki secara terbuka selain jejaka bernama Nazim Othman.

Bagaimanapun, umum mengetahui bahawa penyanyi bersuara lantang dan merdu yang berusia 23 tahun itu pernah memberikan beberapa klu di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang jejaka tapi tidak pula memberitahu siapakah gerangan lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Terkini, sebuah artikel di laman forum.cari.com.my menimbulkan persoalan penulis tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah tersebar melalui forum itu.

Apa yang menariknya, kesemua foto tersebut dimuatnaik oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption-caption yang agak romantis dan berbaur pujian melambung. Adakah Shila kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad? sama-sama kita nantikan. Jika benar tahniah!




0 Response to "4 Gambar Adam Tun Tuah, kekasih baru Shilla Amzah Yang Kacak!"

Post a Comment