VIDEO: Bila Sukarelawan Polis Maki Polis Trafik

GELENG kepala dibuatnya tatkala menonton video yang dikongsikan di Facebook Nescafeais.com ini.
Seorang lelaki yang mendukung anak kecil dengan sewenang-wenangnya memaki-hamun anggota polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas sewaktu pesta Reggata Lepa di Sabah, baru-baru ini.
Khabarnya dia tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di tepi jalan dengan alasan hanya mahu keluar sebentar.
Menerusi komen yang diterima, ada pihak yang mengatakan bahawa lelaki itu sebenarnya sukarelawan polis.
Jika benar, seharusnya dia faham akan tugas anggota polis lain.
Melucukan apabila dia meminta polis yang bertugas untuk bercakap elok-elok sedangkan dia sendiri yang menjerit dan meninggikan suara kepada mereka.
Hai, macam manalah nak mendidik anak kalau ibu-bapa sendiri sudah terang-terangan menunjukkan contoh yang tidak baik…


0 Response to "VIDEO: Bila Sukarelawan Polis Maki Polis Trafik"

Post a Comment