Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Adakah anda resah memikirkan seseorang dan tidak pasti adakah itu CINTA? jika anda ingin tahu adakah itu perasaan yang dipanggil cinta? jom kita ketahui apakah tanda-tanda apabila seseorang itu telah jatuh cinta.
1.Sukar tidur malam
-Anda sukar melelapkan mata dan sering terbayangkan si dia. Seringkali peristiwa bersama si dia bermain di minda dan membuatkan anda angau memikirkan dia.
2.Berdebar Bila Berdepan
-Apabila berdepan dengannya anda sentiasa berdebar-debar dan serba tak kena. jantung anda berdetak kencang dan tangan sejuk semacam. Kalau bercakap mula gugup dan gagap tak tentu hala.
3.Membaca tips cinta
-Anda mula suka membaca tips tentang percintaan sedangkan sebelum ini anda tidak pernah melakukannya
4.Cemburu
-anda mula cemburukan dirinya terutama jika dia beramah mesra bersama insan lain atau ada insan lain yang memberi lebih perhatian terhadap dirinya. Anda mula merasa kedudukan anda tergugat
5.Rindu
-Perasaan rindu terhadap dirinya mula berbunga mekar. Walau sehari tidak bertemu anda mula rindukan dirinya
6.Sibuk Bertanya Khabar
-anda sibuk bertanya khabar tentang dirinya walau sesibuk mana sekalipun rutin harian anda. Anda sentiasa menjadikan dia keutamaan dalam hidup anda untuk mengetahui khabar berita darinya.
7.Bersemangat
-Setiap hari anda merasa bersemangat untuk melalui hari-hari mendatang kerana kehadirannya memberi keceriaan dan kebahagiaan kepada diri anda
8.Terbayang
-Apabila dia tidak muncul atau menghilangkan diri anda mula terbayang-bayang akan dirinya.
9.Berminat Tentang Dia
-Anda sudah mula berminat mengetahui segalanya tentang dia dan latar belakang dirinya. Anda mula menyibuk nak lihat segala gambarnya di facebook dan instagram, mula stalk apa yang dia tweet di twitter agar anda tau apa saja yang berkaitan dengan dirinya.
10. Menjaga keterampilan
-Anda sentiasa menjaga keterampilan diri dihadapan dia agar dia sentiasa melihat anda dalam keadaan kemas. Anda sentiasa mahu tampil hebat bila berdepan dengannya.
Banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan anda telah jatuh cinta kepaa seseorang, lain kali Kasih Suci kongsikan lagi bersama anda semua.
0 Response to "Tanda-tanda Seseorang Telah Jatuh Cinta"
Post a Comment