ADAKAH anda masih ingat dengan kisah penyanyi Shila Amzah yang sebelum ini dikatakan membuat persembahan ‘tanpa memakai seluar’?
Atau lebih tepatnya, memakai seluar legging berona kulit sehingga menampakkan dia seolah-olah hanya mengenakan skirt pendek dan tudung.
Ia sekaligus menjadikan ramai yang tertanya-tanya adakah gambar tersebut adalah asli atau sengaja diubahsuai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jawapannya, gambar tersebut adalah asli dan Shila sememangnya mengenakan legging tersebut.
Bagaimanapun, bapanya, ND Lala menerusi GUA memohon agar pihak di luar sana tidak menghentam anaknya dan mengakui bahawa dia bertanggungjawab atas kesilapan yang berlaku.
“Sebagai bapa, saya akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Kesalahan itu patut diletakkan pada saya dan bukannya Shila. Saya berada bersamanya di mana sewaktu itu, Shila terlibat dalam rakaman lima buah program.
“Ketika selesai rakaman jam 1.30 pagi, pihak produksi meminta untuk merakamkan sebuah lagi lagu di mana pada waktu itu, penonton sudah balik. Ketika itu, hanya pakaian itu sahaja yang tinggal dan sebagai bapa, saya bertanya adakah ini saja pilihan yang ada?
“Namun, dalam keadaan jam 1.30 pagi, tak kan kami nak pulang ke hotel dan kembali semula ke studio yang mengambil masa perjalanan lebih kurang dua jam. Disebabkan tiada pilihan lain, kami mengambil perkara ini dari sudut yang positif. Sebenarnya, Shila memakai seluar dan soal warna, itu sahaja warna yang ada ketika itu,” jelasnya.
Sementara itu, Shila berkata soal pakaian diuruskan oleh pihak pengurusan di sana dan dia akan lebih berhati-hati mengenai perkara itu selepas ini.
0 Response to "” Sebenarnya Shila Pakai Seluar,” Kata ND Lala"
Post a Comment