KEMUDAHAN sudah disediakan, tapi tidak mahu digunakan.
Itulah yang dikesali oleh seorang gadis warga Singapura, Lucy menerusi suratnya kepada portal ‘The Real Singapore’ mengenai sikap pendatang warga China yang mengunjungi Taman Pasir Ris di negara itu.
Menurut Lucy, sebelum itu sekumpulan anak muda warga China dilihat sedang makan dan berborak di salah satu meja di taman itu.
Sebaik sahaja mereka meninggalkan meja tersebut, sampah termasuk pinggan kertas dan plastik dibiarkan bertaburan di situ.
“Ia cukup memalukan! Bagaimana mereka boleh berkelakuan begini?
“Terdapat tong sampah besar di sebelah meja itu, namun langsung tidak digunakan. Pihak berkuasa patut mendenda pihak yang mencemarkan taman,” katanya.
Gambar kejadian itu dirakam pada Jumaat lalu.
0 Response to "Pendatang China Kotorkan Taman Di Singapura"
Post a Comment