Cinta telah membutakan mata seorang lelaki bernama Pavel Ushanov, 33 tahun, yang juga seorang CEO sebuah syarikat komunikasi Rusia, Devino Telecom.
Cinta membuat Pavel hilang kawalan dan melakukan kekerasan fizikal pada kekasihnya, seorang model cantik Alexandra Sereda. Mereka telah bercinta selama dua tahun, dan entah apa sebabnya Alexandra ingin mengakhiri hubungan asmara dengannya. Pekara tersebut mencetuskan kemarahan Pavel, di mana di suatu pagi ia datang ke pangsapuri Alexandra dengan sangat beremosi. Alexandra merasa bimbang dan takut untuk membukakan pintu.
Namun kerana tak ingin kekasihnya membuat kekecohan dan mengganggu jirannya, ia pun membuka pintu apartmennya. Apa yang dilakukan Pavel ini tak di sangka-sangka. Ia memukul kekasihnya, Alexandra Sereda dengan membabi buta selama 10 minit. Ia memukul dan menendang tanpa rasa kasihan dan menyebabkan model berusia 27 tahun ini mengalami luka yang cukup parah di wajahnya.
Alexandra berteriak dan menunjukkan ketakutan, “hentikan! Kau boleh membunuhku!,” Katanya mengimbas kembali. Namun jawapan Pavel tak disangkanya, “bagus, itulah yang kuinginkan!” sambil terus memukul kekasihnya.
Nasib menyebelahinya, Alexandra sempat melarikan diri dengan membawa telefon bimbit. Ia menelefon polis untuk meminta pertolongan. Tidak lama kemudian polis datang, bersama dengan pasukan perubatan dan menyelamatkan model cantik tersebut.
Dan Pavel telah melarikan diri dan menjadi buruan polis ketika ini. Meninggalkan kekasih cantiknya dengan luka-luka parah di wajah, yang membuatnya kelihatan seperti zombie.
0 Response to "Model Cun Muka Jadi Zombie Di Belasah Kekasih"
Post a Comment