Tuesday, 8 April 2014
Menarik
Maksud Di Sebalik Jampi Ahli Sihir Harry Potter
Para peminat Harry Potter pasti sudah tahu apa yang akan terjadi sekiranya mengacungkan tongkat sihir sambil berkata, “Avada Kedavra!”. Atau jampi yang harus diucapkan sekiranya ingin membuka pintu yang terkunci (“Alohomora!).
Tetapi pernah terfikir tak, J.K Rowling, pencipta Harry potter, tidak saja-saja sesuka hati membuat sembarangan jampi dalam Harry Potter? Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang kebanyakannya berasal dari bahasa Latin. Berikut contoh jampi-jampi sihir Harry Potter:
Accio’
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arah anda. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang ertinya ‘Aku memanggil.’
‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya hampir dengan…‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.
‘Crucio’
Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ ertinya ‘saya menyeksa’.
‘Expelliarmus’
Ini jampi terhebat Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang maksudnya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang maksudnya ‘senjata.’
‘Impedimenta’
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin maksudnya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.
‘Lumos’
‘Lumos’ maksudnya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai sekiranya mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala seperti lilin.
‘Rictusempra’
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang maksudnya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksud mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.
‘Sectumsempra’
Jampi ini adalah berlawanan dengan rictusempra. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka, kerana dalam bahasa Latin, ‘sectum’ bermaksud ‘melukai/mencederai’.
‘Stupefy’
Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi kesannya tidak mendatangkan kecederaan. Cuma menjadikan musuh/mangsa menjadi bingung dan pening sahaja. Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ ertinya ‘pening’.
‘Wingardium Leviosa’
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda terangkat dan terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang maksudnya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil.
0 Response to "Maksud Di Sebalik Jampi Ahli Sihir Harry Potter"
Post a Comment