Khabarnya, dia kini diugut supaya membayar RM20,000 kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Steven Cruz jika tidak mahu tiga video pendek berkaitan dirinya disebarkan kepada umum.
Memetik Harian Metro, Steven memperkenalkan dirinya sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik oleh beberapa pengurusan kilang di Filipina menerusi laman Facebook dan mahu menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi.
“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.
“Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya,” jelasnya.
Hai, tak tahulah pula pergerakan badan macam mana yang dimaksudkan Amin.
Tapi, kami tak mahu bersangka buruk kerana kalau sudah di’edit’, pergerakan biasa pun boleh jadi lain macam dibuatnya.
Apa pun, kami rasa adalah lebih baik Amin membiarkan pihak polis menjalankan tugas mereka untuk menyiasat lelaki ini.
Orang ramai di luar sana, sebaik-baiknya janganlah membuat tuduhan yang bukan-bukan kerana perkara ini tak mustahil boleh terjadi kepada kita atau keluarga suatu hari nanti.
0 Response to "Lelaki Ugut Sebar Video ‘Aib’ Hos TV Al-Hijrah"
Post a Comment