Kereta Obama The Beast paling Selamat Di Dunia

Kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dikenali sebagai “The Beast”antara yang menarik perhatian rakyat Malaysia dalam kunjungan beliau ke negara ini

Kereta model Cadillac One buatan General Motors keluaran 2009 disifatkan kenderaan paling selamat di dunia kerana mempunyai spesifikasi sangat khusus terutamanya dari aspek keselamatan untuk melindungi penumpang yang berada dalam kenderaan itu



Ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam kenderaan tersebut seolah-olah seperti sebuah kereta kebal

Berukuran sepanjang lima meter dan berat lapan tan, boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden, ” The Beast ” turut dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik

Pada bahagian tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan


Antara ciri lain yang terdapat pada The Beast, ia dilengkapi senapang “shot-gun” dan kamera penglihatan malam

Di samping itu, kereta tersebut juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan

0 Response to "Kereta Obama The Beast paling Selamat Di Dunia "

Post a Comment