Kenapa tidak? Elfira Loy yang baru baru ini telah mengikuti percutian bersama AirAsia ke Kochi, India untuk mempromosikan tempat pelancongan di sana mengakui telah berbelanja besar untuk membeli pelbagai fabrik mewah & barangan kecantikan.
Bukan sedikit punya besar, Elfira Loy berkata kepada mStar Online hari ini yang beliau berhabis RM20,000 untuk kesemua barangan yang dibeli di India dan beliau sanggup membelanjakan jumlah yang besar sebegitu untuk memenuhi citarasa penampilan beliau.
“Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang”
“Jadi apabila berpeluang ke India, pasti kain sari menjadi sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai lehenga berharga kira-kira RM4,000. Kalau di Malaysia harga sepasang kira-kira RM7,000″
“Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas,” jelas Elfira Loy lagi.
Turut serta dalam perjalanan Elfira Loy ke Kochi, India selama tiga hari itu ialah dua lagi adiknya yang juga pelakon, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy serta ibu mereka, Filzah Yusoff yang bertindak sebagai pengurus. Berikut beberapa gambar mereka di sana. Untung.
0 Response to "Elfira Loy Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India, Demi Kepuasan"
Post a Comment