Pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dipanah petir di padang sekolahnya di Ayer Paabas, Alor Gajah petang kelmarin meninggal dunia, petang tadi.
Johan Jasmin, 13, disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka jam 3.50 petang selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Terdahulu BH melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pelajar berasal dari Shah Alam itu bersama sekumpulan pelajar lain dikatakan sedang berjalan masuk ke bangunan asrama sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai terkena petir.
Susulan kejadian itu, Johan dihantar seorang guru pemantau ke Hospital Alor Gajah, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.
0 Response to "Al-Fatihah. Pelajar MRSM Meninggal Dunia Dipanah Petir"
Post a Comment