6 Fitnah Dajjal Yang Patut Diketahui


Umat Islam wajib percaya bahawa akan munculnya dajjal yang akan membawa kerosakan ke atas dunia. Berikut adalah diantara fitnah dajjal:
1 . Bersamanya ada syurganya dan nerakanya.
Dari Hudzaifah radhiyallahu ‘ anhu, Rasulullah Shallallahu ‘ alaihi wa sallam berkata :
” Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan nerakanya. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka . ” ( HR. Muslim , no . 2934 )
2 . Membunuh satu jiwa kemudian menghidupkannya kembali .
Rasulullah SAW berkata :
” Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata : ‘ Aku bersaksi engkau adalah Dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah SAW. ‘ Dajjal berkata ( kepada pengikutnya ) : ‘ Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku? ‘ Mereka berkata : ‘ Tidak. ‘ Maka Dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali …. ” ( HR. Muslim no . 2938 )
3 . Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya kembali . ( HR. Muslim , 2938 / 113 )
4 . Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan.
Dari An – Nawwas bin Sam’an ra : Rasulullah SAW berkata :
” … Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Mereka pun beriman kepadanya menerima dakwahnya. Maka Dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman …. ” ( HR. Muslim no . 2937 )
Adapun kaum yang tidak beriman dan tidak menerima dakwah Dajjal, tidak ada sedikit harta pun tersisa pada mereka .
5 . Akan diikuti perbendaharaan harta.
Dalam hadits An – Nawwas bin Sam’an ra disebutkan , Rasulullah SAW berkata :
” … Dia mendatangi reruntuhan dan berkata : ‘ Keluarkanlah perbendaharaanmu . ‘ Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti Dajjal seperti sekelompok lebah . ” ( HR. Muslim no . 2937 )
6 . Bersamanya sungai, gunung roti, api, dan air.
Rasulullah SAW bersabda :
” … Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya surganya Dajjal adalah neraka dan nerakanya Dajjal adalah syurga . ” ( HR. Ahmad . Asy – Syaikh Al – Albani rahimahullahu berkata : sanadnya sahih . Lihat Qishshatu Masihid Dajjal )
Dari ‘ Uqbah bin ‘ Amr r.a , dia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW berkata tentang Dajjal :
” Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api . Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum sejuk yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik . ” ( HR. Muslim no . 2935 )

0 Response to "6 Fitnah Dajjal Yang Patut Diketahui"

Post a Comment