Tanah Runtuh Di Lebuh Raya Mahameru


SATU kejadian tanah runtuh dilaporkan di tebing Lebuh Raya Mahameru berhampiran Wisma Tani sebentar tadi.
Kawasan terlibat dianggarkan 10 meter x 10 meter dan memasuki laluan lebuh raya berkenaan.
Kesesakan dilaporkan bila ribuan pengguna jalan raya yang hendak pulang ke rumah terperangkap kerana jalan dilitupi tanah.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Usaha membersihkan jalan dari sisa runtuhan sedang giat dijalankan oleh petugas DBKL bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat dari balai Sentul dan Sri Hartamas.



0 Response to "Tanah Runtuh Di Lebuh Raya Mahameru"

Post a Comment