Pemuda Berpuasa Selama 3 tahun Tanpa Makan dan Minum


Anak Muda ini dikatakan Berpuasa selama 3 Tahun Tanpa Makan dan Minum Siang dan Malam. Seorang pemuda yang diyakini sebagai penjelmaan semula Buddha muncul dari hutan belantara di Nepal selatan. Seperti yang dilaporkan berita Associated Press, kehadirannya memancing ribuan orang pemujanya.

Selama lebih dari satu tahun, Ram Bahadur Bamjan (18) bertapa didalam sebuah akar pohon besar dan baru ini dia muncul kembali di Kota Nijgadh, kira-kira 100 batu selatan ibu negara Katmandu.

Mendengar kabar itu, beribu-ribu pengikut Bamjan, banyak di antaranya dari India, pergi menemuinya. Demikian dikatakan seorang pegawai polis tempatan, Abhaya Joshi. Joshi berkata Bamjan akan menemui para pengikutnya beberapa jam setiap hari selama seminggu sebelum ia kembali bermeditasi di hutan.

Bamjan yang berambut panjang memakai pakaian serba putih, kelihatan segar bugar. Seperti dilaporkan akhbar Rajdhani, ia berbincang dengan para pengikutnya tentang keamanan dan seruan menamatkan diskriminasi. Para pendeta Buddha di negara itu berbeza pendapat apakah pemuda itu benar penjelmaan semula Siddhartha Gautama yang lahir di Nepal barat laut pada 500 Sebelum Masehi, dan kemudian menjadi Buddha.

Belum ada pengumuman rasmi dari pihak berkuasa agama Buddha bahawa Bamjan adalah penjelmaan semula Buddha. Namun, orang-orang sudah memuja Bamjan sejak dia pertama kali muncul bertapa di tengah hutan pada 2005. Ia dijumpai duduk bersila selama berbulan-bulan dengan mata tertutup di bawah akar sebuah pokok.

Min Bahadur Shakya dari Nagarjuna Institute of Exact Methods di Katmandu berkata para pendeta Buddha tidak mengambil kesimpulan tentang Bamjan kerana mereka tidak secara penuh menyiasat pemuda tersebut.

"Bermeditasi tanpa makanan belum membuktikan dia adalah penjelmaan semula Buddha. Perlu kajian lebih lanjut," kata Shakya. Agama Buddha dianuti lebih 325 juta orang, sebahagian besar di Asia.

0 Response to "Pemuda Berpuasa Selama 3 tahun Tanpa Makan dan Minum"

Post a Comment