Mizz Nina Tak Mahu Lagi Nyanyi Depan Lelaki


KAMI tabik dengan pendirian penyanyi Mizz Nina yang kini tidak lagi mahu mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki sejak berhijab.
Cukup mengagumkan sekali keputusan penyanyi itu yang pernah suatu ketika dulu begitu lincah beraksi di pentas selain pernah berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa seperti Flo Rida, Colby O’Donis dan Jay Park.
Menerusi Berita Harian, isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu berkata, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa, sebaliknya atas kehendak sendiri.
“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah. Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.
“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” ujarnya.
Sejujurnya, kami bangga dengan pendirian Mizz Nina. Iyalah, kalau hati benar-benar ikhlas mahu berubah, tidak ada alasan atau halangan yang tidak boleh ditempuhi.
Semoga penyanyi ini akan terus bersemangat dan istiqamah dalam kehidupannya.

0 Response to "Mizz Nina Tak Mahu Lagi Nyanyi Depan Lelaki"

Post a Comment