Sunday, 26 January 2014
Menarik
Misteri Wanita Muda Berubah Menjadi Tua Dalam Beberapa Hari Saja.
Nguyen Thi Phuong , yang saat pertama kali diberitakan , ia masih berusia 26 tahun . Ada yang misteri dari wanita berasal dari Vietnam ini . Sekalipun usianya 26 tahun , tetapi penampilannya seperti wanita berusia 70 tahun .
Disiarkan OddityCentral , Thi Phuong mengalami reaksi alergi dan memakan ubat untuk mengatasi alerginya . Tidak disangka ternyata ubat itu mampu mengubah penampilannya menjadi seorang wanita tua .
Ini dia sejarahnya
Semua cerita ini bermula sejak ia mengambil makanan laut , kerana tidak tahan , akhirnya kulitnya kemerahan dan gatal - gatal . Thi Phuong kemudian secara tidak sedar sering menggaru dalam tidur , sehingga untuk mengurangkan gejala gatal - gatal , suaminya , Nguyen Thanh Tuyên membelikannya ubat .
Ubat tersebut tidak sesuai . Thi Phuong memutuskan berjumpa dengan doktor yang memberikannya resipi pil untuk dermatitis . Malangnya , ubat tersebut membuat keadaannya makin parah . Wajahnya bengkak - bengkak dan kulitnya seperti hendak melepuh . Ia menghentikan penggunaan ubat tersebut , kemudian beralih pada rawatan alternatif .
Thi Phuong melakukan amalan perubatan tradisional China di daerah Giong Trom , wilayah Ben Tre , Vietnam . Berharap bahawa gatal - gatalnya boleh sembuh , namun yang dialaminya makin parah . Ubat yang diminumnya mengubah penampilan kulitnya menjadi kendor dan kerepot , tak hanya pada wajah tetapi juga seluruh tubuh .
Keadaan Nguyen Thi Phuong
Nguyen Thi Phuong menghentikan seluruh penggunaan ubat dan berhenti bekerja . Ia menganggap ubatnya terlalu mahal sehingga ia tak mampu lagi membayar rawatan . Suaminya kemudian juga ikut berhenti bekerja demi merawat isterinya .
Tak lama kemudian , mereka berdua kehabisan wang dan hidup dalam kesusahan . Banyak orang yang bertemu Thi Phuong seringkali salah mengira kerana melihat penampilannya sebagai wanita tua . Mereka akan sedar kalau Thi Phuong masih muda saat mendengar suaranya .
Kerana kulit yang kendor dialami seluruh bahagian tubuh , wanita yang belum dikurniakan anak ini juga kelihatan seperti pernah melahirkan tiga bayi . Seluruh kulit di perut kendor dan kerepot.
Pendapat para doktor
Hingga saat ini banyak doktor yang membuat spekulasi mengenai keadaan misteri Thi Phuong . Tetapi nyatanya belum ada satu orangpun yang boleh mengenalpasti dan menyatakan apa penyebab sesungguhnya .
Doktor Maai The Trach , bekas ketua persatuan endoktrin bandar Ho Chi Minh berkata dia hanya kelihatan tua dari luar , tetapi organ dalamannya sama sekali tidak menunjukkan tanda - tanda penuaan . Bahkan , rambut dan posturnya masih menunjukkan kalau ia adalah wanita muda .
Teori tentang penyakitnya dan keracunan ubat atau alergi terhadap ubat - ubatan tertentu menjadi dugaan sementara doktor . Selain itu , para doktor juga berpendapat bahawa mungkin ia menderita kelainan genetik atau endokrin .
Melihat keadaan Thi Phuong ini , banyak ahli perubatan menawarkan bantuan padanya . Bahkan ada tiga hospital di Ho Chi Minh dan syarikat pembuatan sabun yang menawarkan membayar semua kos perundingan dan rawatan , bahkan sampai ke luar negri .
seorang doctor harus lebih teliti donk terhadap pasiennya
ReplyDelete