Monday, 13 January 2014
Berita
Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana?
Wah. Sungguh hebat para CSI di Forum Cari. Terbaru mereka telah berkongsi 2 keping gambar di mana Datuk Yusof Haslam dan isteri duduk di samping Puteri Sarah Liyana. Kemungkinan besar tujuan mereka ke sana ialah untuk masuk merisik Puteri Sarah buat anak mereka, Syamsul.
Sebelum ini memang dikhabarkan bahawa Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sedang bercinta. Namun perkara tersebut tidak disahkan oleh kedua-dua belah pihak. Dengan adanya gambar ini, kemungkinan besar perkara tersebut adalah benar. Tahniah diucapkan kepada Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana jika majlis merisik benar-benar berlaku.
0 Response to "Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana? "
Post a Comment