Jurunikah Yang Paling TERBAIK!! Kelakar!!


JIKA menghadiri majlis pernikahan, biasanya jurunikah adalah seorang tegas dan dilihat serius dalam memberikan penerangan dalam hal agama terutamanya ketika menyampaikan Khutbah Nikah.
Rupa-rupanya ada jurunikah atau lebih mesra apabila kita memanggil mereka Tok Kadi yang santai dan kelakar dalam menikahkan bakal pengantin.
Di laman Facebook Pelik Tapi Benar, dimuatnaikkan video seorang jurunikah yang memang terbaik dalam soal nikah kahwin. Dengan niat membuatkan bakal pengantin lelaki itu tenang, jurunikah berkenaan membuat lawak dan juga menerangkan langkah-langkah dalam ijabkabul dengan baik dan jelas.
“Jawab.. cuba jangan laju-laju sangat.. jangan laju-laju sebab sekarang ni awak kena tahu.. sekarang ni musim hujan.. jalannya licin.. awak kena tahu di Batu Pahat (Johor) ni banyak parit.. Parit yang paling besar kampung saya, Parit Besar, sebelah sahaja.
“Imamnya ada di sini, Parit Imam namanya, rajanya belah sana Parit Raja.. abang yang sulung ke kanan sikit.. Parit Sulong namanya.. Kalau nak duduk di parit yang diam-diam pun ada juga di Batu Pahat ni, dekat Semerang, Parit Bisu namanya,” katanya berjenaka.
Beliau juga mengingatkan kepada pengantin lelaki supaya tidak menjawab akad nikah dengan satu nafas supaya tidak terburu-buru.
“Sebut satu-satulah ya.. jangan kelam kabut ya.. tak payah guna satu nafas, empat lima nafas pun tak apa.. selafaz itu maknanya bukan senafas.. selafaz itu tidak ada diselangi di antara ijab dan kabul dengan sesuatu pekerjaan yang lain,” katanya. 

Jurunikah Yang Paling TERBAIK!! Kelakar!!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Fullscreen-capture-1712014-64159-PM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Fullscreen-capture-1712014-64159-PM-150x150.jpgAuthor MNHmyVideoTerkini,

0 Response to "Jurunikah Yang Paling TERBAIK!! Kelakar!!"

Post a Comment