Gambar Badan iPhone 6 Tersebar, Rekaan Lebih Nipis dan Besar

Walaupun iPhone 5S baru sahaja diperkenalkan September yang lalu, khabar angin mengenai iPhone 6 yang dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan tahun ini mula tersebar.
Terbaru, C-Leaker mendedahkan dua keping gambar menunjukkan badan aluminium iPhone 6. Setakat ini, masih belum diketahui gambar tersebut palsu atau tidak.

Berdasarkan gambar tersebut, badan iPhone 6 dilihat lebih nipis daripada rekaan iPhone ketika ini dan Apple dijangka akan menggunakan nama ‘iPhone Air’ apabila diumumkan secara rasmi nanti.
Selain lebih nipis, anda juga boleh lihat badannya kini lebih besar, mengesahkan banyak laporan sebelum ini yang mengatakan iPhone generasi baru tersebut akan mempunyai skrin yang lebih besar, sekitar 5 inci.

0 Response to "Gambar Badan iPhone 6 Tersebar, Rekaan Lebih Nipis dan Besar"

Post a Comment