Seorang wanita di Kuwait memfailkan penceraian cuma seminggu selepas perkahwinannya atas alasan yang tidak masuk akal.
Menurut laporan surat khabar Kuwait, Al-Qabas, wanita berkenaan menyatakan dia jijik apabila melihat suaminya gemar makan kacang pis menggunakan roti dan bukannya garfu.
Insiden ini membangkitkan isu yang semakin mendapat perhatian di negara berkenaa iaitu perkahwinan yang diakhiri pada waktu singkat kerana alasan remeh temeh.
Sebelum ini, terdapat kes penceraian lain difailkan seorang isteri di negara berkenaan atas alasan suaminya tetap meneruskan tabiat memicit ubat gigi dari bahagian tengah dan bukan hujung meskipun sudah diingatkan banyak kali.
Bayangkan kalau isteri dibenarkan menjatuhkan talak, entah-entah sehari sepuluh kali suami kena cerai!
0 Response to "Cara Makan Kacang Pis Jadi Alasan Minta Cerai"
Post a Comment