Bapa maut, anak melecur rumah terbakar


AMPANG – Seorang lelaki maut, manakala anak perempuannya melecur dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Pandan Perdana, di sini, petang tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua beranak terbabit berada di dalam bilik tidur di tingkat dua rumah tersebut.

Ketua Zon Hulu Langat, Penolong Penguasa Bomba 1, Hamdan Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.40 petang, seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba Ampang dan Pandan Indah bergegas ke lokasi.

“Kita tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati orang ramai telah memadamkan kebakaran itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati dua beranak yang dikenali sebagai Ng Chee Wai (Peter), 52, dan Ng Qi Jang, 17, berada di dalam bilik tidur.

“Lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan melecur dan telentang di lantai, manakala anak perempuannya juga ditemui dalam keadaan melecur hampir 70 peratus dan separa sedar, kita segera membawanya ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan,” katanya.

0 Response to "Bapa maut, anak melecur rumah terbakar"

Post a Comment