Ambil Barang Mangsa Kemalangan Keretapi


Di mana belas kasihan dan ehsan orang yang mengambil barangan pasangan warga emas yang dilaporkan mati serta merta di tempat kejadian selepas dilanggar keretapi?
Menurut Malay Mail, pasangan warga emas yang terkorban itu dikenali sebagai Md Nor Lian, 70, dan Norlah Mat Ani, 65, dikatakan menggunakan kawasan landasan keretapi itu sebagai jalan singkat untuk merentasi ke rumah mereka yang terletak di Kajang Utama.
Pihak polis mengesahkan kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian yang berlaku pada 12.30 tengahari, semalam.
Barangan keperluan harian yang dibeli mereka sebelum itu menjadi rebutan orang yang melalui kawasan tersebut dan telah dibawa lari oleh individu tidak bertanggungjawab.
Apa yang dikesalkan ialah tindakan orang yang melalui kawasan itu yang sempat mencuri barangan runcit yang dibeli mangsa.
Mereka mengambil barangan itu sebelum kehadiran pihak polis dan penyelamat hadir membantu mengalihkan mangsa tersebut.
Hmm, macam ini punya orang pun ada ke?
*gambar sekadar hiasan

0 Response to "Ambil Barang Mangsa Kemalangan Keretapi"

Post a Comment