Terkini! QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui - Tentera Laut Indonesia

Keadaan ahli keluarga mangsa nahas QZ8501 selepas menerima berita mengenai mayat ditemui di kawasan mencari pesawat AirAsia yang hilang. Foto AFP

JAKARTA: Sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 mayat di kawasan operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, kata seorang jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir kepada AFP.

"Berdasarkan radio tentera laut, ia dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah menemui 40 mayat dan bilangannya terus meningkat. Mereka sedang sibuk ketika ini," katanya. - AFP - 

Tentera Indonesia Temui Kargo QZ8501


Hercules Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) sebentar tadi berjaya menjumpai kargo milik pesawat penerbangan Air Asia QZ8501.
Kami berjaya menjumpai serpihan dan kargo yang masih utuh dalam kondisi 65 peratus,” kata pembantu juruterbang pesawat Hercules TNI AU Lettu Jalang di Halim Perdanakusumah, Jakarta Timur.
Penemuan tersebut ditemui di antara perairan Ketapang dan perairan Pelabuhan Bun, Kalimantan Tengah.
Kargo itu masih lengkap dengan jaring net kargo ditemui di kedudukan kira-kira 100 meter dari titik pencarian awal.”
Tambah individu itu lagi, ketika penemuan tersebut, cuaca dan arus dilaporkan dalam keadaan baik. 

Mayat Penumpang QZ8501 Terapung Turut Ditemui


Mayat yang telah kembung turut ditemui berhampiran kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 mengakhiri tanda tanya nasib pesawat itu yang hilang sejak Ahad lepas.
Pada awalnya pesawat dalam misi pencarian menemui 10 objek mirip pintu pesawat, jaket keselamatan dan juga gelongsor kecemasan dalam lingkungan 10km persegi di sekitar perairan Kalimantan.
Anggota pasukan Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) dilihat diturunkan dari helikopter untuk mengambil mayat berkenaan.
Ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501 akan diterbangkan esok ke lokasi pencarian.
Bagaimanapun, setakat ini dilaporkan hanya satu mayat itu sahaja yang ditemui terapung di kawasan penemuan serpihan itu.
Pesawat Airbus A320-200 dikendalikan oleh syarikat penerbangan AirAsia Indonesia ketika hilang sedang dalam penerbangan ke Singpura dari Surabaya, membawa bersama 162 orang.
Hari ini telah masuk hari ketiga pesawat berkenaan hilang selepas terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Terkini! QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui - Tentera Laut Indonesia"

Post a Comment