VIDEO!!. Jatuh Tergolek Akibat Tunjuk Kuat Tendang Kereta


SEBAGAI pengguna jalan raya, anda memang punya hak untuk marah jika ada pengguna lain yang membuat kesilapan yang boleh mengundang kemalangan.
Tapi, pada masa yang sama, kemarahan itu perlu dikawal kerana khuatir ia boleh membahayakan diri anda pula.
Kejadian yang berlaku di Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini mungkin boleh dijadikan iktibar.
Sebuah kereta mahu menukar laluan ke kanan tanpa menyedari ada sebuah motosikal di laluan tersebut sehingga hampir menghimpitnya.
Dek kerana marah, penunggang motosikal itu mula mencarut dan mengejar kereta berkenaan.
Tanpa disangka-sangka, dia bertindak menendang kereta tersebut dengan kaki kirinya sekaligus menyebabkan dia terjatuh daripada motosikalnya.
Mujurlah penunggang itu tidak mengalami kecederaan teruk walaupun jatuh tergolek.
Tak tahulah apa yang difikirkannya sewaktu menendang kereta tersebut.
Mungkin dia fikir kereta tersebut mampu diterbalikkan dengan sekali tendang agaknya.
Hmm…malu dapat, sakit pun dapat!

0 Response to "VIDEO!!. Jatuh Tergolek Akibat Tunjuk Kuat Tendang Kereta"

Post a Comment