Sedih… Surat Kanak-Kanak Bernama Nia Untuk Allah SWT


Ramadan adalah bulan rahmat yang mempunyai banyak hikmah buat semua orang.
Antaranya buat kanak-kanak yang akan melalui banyak pengalaman menggembirakan seperti bermain bunga api, merasa banyak makanan lazat sewaktu berbuka puasa, dibawa ibu bapa membeli baju raya dan banyak lagi yang pasti jadi kenangan bila sudah dewasa kelak.
Bagi seorang kanak-kanak perempuan bernama Puteri Rania (Nia), rahmat Ramadan buatnya adalah dapat makan dan solat bersama ibu bapa yang akan pulang awal dari kerja berbanding hari biasa.
Mengetahui Ramadan sudah hampir ke penghujung dan ibu bapanya akan kembali pada rutin asal, anak kecil ini menulis sepucuk surat kepada Allah SWT agar tidak menamatkan bulan ini kerana dia tidak mahu kembali makan dan solat sendirian.
Tidak kisahlah jika surat ini cuma satu rekaan yang disebarkan di laman-laman sosial atau memang benar ditulis seorang kanak-kanak, ia sebenarnya adalah doa ramai anak di luar sana yang hauskan kasih sayang.
Kepada para ibu bapa, luangkanlah masa sekali sekala untuk berbual dan memahami apa yang terpendam dalam hati anak agar mereka tidak menyimpan rasa sedih seperti Nia.

0 Response to "Sedih… Surat Kanak-Kanak Bernama Nia Untuk Allah SWT"

Post a Comment