GARA-GARA tidak menemui ‘objek’ yang dilanggarnya, seorang pemandu kereta di Kuching melarikan diri selepas meninjau kawasan sekeliling kerana menyangka dia telah melanggar hantu.
Lelaki berusia 30-an yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Matang itu sebenarnya telah melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan selepas memasuki laluannya secara tiba-tiba, memetik laporan Borneo Post.
Malangnya, dia tidak nampak apa yang dilanggarnya sekaligus berasa takut sebelum beredar dari tempat kejadian.
Mujurlah beberapa penduduk di kawasan tersebut mendengar dentuman kuat dan bergegas ke tempat kejadian.
Hasilnya, mereka berjaya menemui seorang mangsa yang cedera serta sebuah motosikal di dalam parit dan segera menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.
Pemandu yang melanggar mangsa juga kembali ke tempat kejadian selepas beberapa minit dan menceritakan perkara tersebut kepada pihak polis.
Mangsa kini stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
0 Response to "Sangka Langgar Hantu, Pemandu Kereta Lari Tinggalkan Mangsa"
Post a Comment