Apabila gambar Ziana Zain berhijab tersebar di laman maya beberapa hari lalu ramai beranggapan penyanyi wanita terkenal tanah air itu mengikut jejak langkah beberapa artis lain yang mula menutup aurat.
Rata-rata memuji wajah Ziana kelihatan berseri-seri dengan penampilan baru ini.
Bagaimanapun, salah faham mungkin telah berlaku disebabkan harapan tinggi peminat Ziana yang ingin melihatnya bertudung.
Mengikut murai.com.my, Ziana telah membuat pengakuan kepada program hiburan Astro, hlive! bahawa dia sebenarnya berhijab kerana menghantar anaknya ke sekolah agama.
Anak sulung Ziana, 46, iaitu Muhammad Aiman, 14, merupakan pelajar Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor.
Selain itu, kakak kepada penyanyi popular Anuar Zain ini juga mengaku berhijab bagi menghormati bulan Ramadan sebagaimana pesanan ibunya, Puan Robiah atau Mak Jah.
Ziana dilaporkan berkata, “Inilah pesanan yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah – pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan.”
Sama-samalah kita doakan semoga Ziana (dan kita juga) sentiasa diberikan rahmat berupa hidayah daripadaNya.
0 Response to "Punca sebenar ZIANA ZAIN berhijab yang mengejutkan"
Post a Comment