STESEN Astro Arena bukan calang-calang dan sering diikuti peminat sukan tanah air jika inginkan perkembangan terkini sukan dalam dan luar negara.
Memang tidak dinafikan, kesilapan teknikal tidak dapat dielakkan dalam mengendalikan sesuatu program televisyen. CNN yang ‘gah’ tu pun kerap berlaku kesilapan.
Seperti mana video di bawah ini, yang memaparkan kesilapan pembaca berita Astro Arena, Ellia Raini.
Tindakan Ellia disifatkan sebagai tidak profesional kerana tidak meminta maaf oleh seorang pemilik Facebook yang berkongsikan video ini di media sosial.
Bagaimanapun, difahamkan video ini sebenarnya merupakan rakaman awal namun Astro Arena telah tersilap menyiarkan video rakaman yang masih belum diedit ini sekali gus ditayangkan menerusi program berita tersebut.
Malah, Ellia sempat memohon maaf di atas insiden tersebut dengan menulis di Twitternya, “it was technical, but i do apologise too for my poor handling of the situation”. (Video itu merupakan satu kesilapan teknikal, tapi saya memohon maaf di atas tindakan saya yang kurang bijak ketika mengendalikan situasi tersebut).
Diharapkan Astro Arena akan lebih berhati-hati selepas ini dalam menyiarkan segala bahan cerita untuk tontonan masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi di masa sekarang kerana ketika ini pastinya fokus rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada stesen televisyen yang menyiarkan perkembangan terkini kejohanan Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil dari 12 Jun sehingga 13 Julai ini.
Apapun buat Ellia dan krew-krew yang bertugas, jangan rasa ‘down’ yang melampau. Ini adalah asam garam dunia penyiaran.
Teruskan kerja seperti biasa dan baiki kesilapan itu.
Moga Astro Arena terus cemerlang di masa hadapan!
0 Response to "Video!!. Penyampai Astro Arena Buat Silap Dalam Pembacaan Berita"
Post a Comment