PULAK DAH!!..Farhan SMS Abby Abadi, Dakwa Media Tambah Cerita …


HA, ini satu lagi perkara yang menambahkan ‘rencah’ dalam perbalahan yang melanda pasangan bercerai, Abby Abadi dan Farhan.
Dalam laporan sebelum ini, pelakon itu menerusi akaun Instagramnya meminta agar orang ramai tidak percaya dengan dakwaan bekas suaminya itu yang menyatakan dirinya pernah dicederakan.
Tidak lama selepas itu, Abby memuatnaik pula ‘screeshot’ SMS antara mereka dan disertakan dengan ‘caption’:

“Assalamualaikum Sahabat2ku… Bersedia utk Maghrib Jom! Sebelum tu pd yg menghentam/ mencaci maki Sy ikut selera masing2 tu.. ni msg dr Farhan. Ini yg terakhir Sy nk jelaskan yg tiada berlaku penderaan ke atas dia ye… TIADA. Ambil wudhuk awal jom… Sejukkan hati tu….. Hari ni hari Sy… Esok2 hari siapa pun kita taktahu lagi kan? Jadi beringat2lah k. Seronok sangat dengan apa yg menimpa org lain tu, kalau awk tertimpa pulak nnti mcmana?
“Apapun keadaan, Sy tetap sayangkan dia kerana dia pernah membahagiakan Sy. Bukan ini yg Sy inginkan… Doakan yg terbaik utk masa depan kita semua ye….. Akhir zaman! Segalanya berkemungkinan.”
Hai, jawapan nak selamatkan diri ke Farhan? Media pula yang dikatanya menokok tambah.
Apapun, janganlah melenting dan menyalahkan media semata-mata kerana selagi ada kenyataan dari kedua-dua pihak, selagi itulah ada cerita tentang mereka, betul tak?

0 Response to "PULAK DAH!!..Farhan SMS Abby Abadi, Dakwa Media Tambah Cerita …"

Post a Comment