Jika semalam kami ada menulis tentang kenyataan Hans Isaac yang seakan tidak mahu membuka mulut soal cintanya bersama Neelofa yang dikatakan sudah putus, hari ini Neelofa sendiri tampil mengesahkan perkara itu.
Dalam laporan Harian Metro hari ini, Neelofa berkata beliau tidak lagi tahan dikaitkan dengan Hans Isaac selain membuat pengakuan secara terbuka yang hubungan cinta mereka sudah berakhir sejal awal Februari tahun ini lagi.
“Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu. Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali”
“Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua,” jelas Neelofa yang diminta mengulas tentang kisah ini.
Neelofa bagaimana pun tidak berkongsi tentang apakah punca perpisahan mereka berdua dan hanya menganggap tiada jodoh dengan Hans Isaac. (rtky/m)
0 Response to "Neelofa Sahkan Sudah Putus Cinta sejak ..."
Post a Comment