GAMBAR!!..LAUCALA ISLAND RESORT : SYURGA DUNIA DI KEPULAUAN FIJI


Wow Cantik

Laucala Island Resort yang terletak di Kepulauan Fiji dinobatkan antara syurga dunia oleh laman percutian mewah. Pada awalnya pulau ini ialah sebuah ladang tanaman kelapa dan penternakan lembu. Saiznya kecil dengan keluasan kurang daripada 12 kilometer persegi. Pada tahun 1972 ianya dimiliki Malcolm Forbes, hartawan penerbitan yang terkenal dengan majalah Forbes. Selepas beliau meninggal dunia dan dikebumikan di Laucala, ianya dibeli oleh Dietrich Mateschitz, pemilik syarikat minuman Red Bull pada tahun 2003. Dietrich Mateschitz kemudian membina Laucala Island Resort di atas pulau persendirian ini. Anda boleh menikmati air laut kebiruan dan kolam renang dengan dinding kaca. Terdapat juga spa untuk menyegarkan badan yang penat bekerja.Terdapat juga kapal selam mini yang boleh anda sewa untuk meneroka perairan sekitar pulau. Jika anda tidak mahu diganggu terdapat chalet terapung di atas permukaan laut untuk anda. Harga penginapan bermula dari RM 16 000 semalam dan meningkat sehingga RM 23 000. Kalau anda mampu kesini anda sememangnya kaya!








0 Response to "GAMBAR!!..LAUCALA ISLAND RESORT : SYURGA DUNIA DI KEPULAUAN FIJI"

Post a Comment