Sudah biasa kita dengar kes orang lelaki skodeng perempuan cantik dan seksi? Biasalah lelaki yang selalu sangap nak skodeng orang perempuan, tidak pernah dengar lagi kes orang perempuan yang nak skodeng orang lelaki.
Tetapi zaman sekarang dah berubah kerana teknologi semakin maju. Orang lelaki tidak perlu mengintai celah tingkap atau lubang dinding. Sudah wujud segala alat canggih untuk skodeng.
Pernah nampak alat ini dijual secara terbuka di laman web Malaysia? Biasa kan? Ini namanya "clothes hook spycam" atau spycam penyangkut baju. Semakan pada hari ini mendapati ia masih di jual di lelong.com.my pada harga RM55 sahaja.
Kes ini baru sahaja terjadi tetapi sudah menjadi viral dan trending di media sosial Malaysia. Pengadu, cik Valarie Lam memuat naik gambar bukti biliknya sudah di pasang dengan alat spycam skodeng ini di facebook beliau.
Di manakah resort terkenal ini. Oleh kerana si pengadu tidak mahu memberitahu nama resort tersebut dan tidak mahu membuat laporan polis, geng Trending Malaysia dan orang ramai cuma boleh membuat spekulasi sahaja.
Besar kemungkinan nama resort ini bermula dengan huruf A dan lokasinya di tepi lebuh raya PLUS utara selatan. Anda boleh lihat sendiri gambar vila dalam resot berkenaan di bawah ini.
Kesilapan pengadu adalah tidak membuat laporan polis tetapi hanya membuat aduan ke pihak pengurusan resort. Bagi kami di Trending Malaysia, sudah pasti pihak pengurusan akan menafikan kerana takut disaman. Mereka mesti sedar yang pekerja dibawah syarikat mereka sudah terbabit dalam kes jenayah ini dan tidak mahu memikul tanggungjawab.
Hanya petugas resepsi bahagian pendaftaran yang dapat menentukan vila penginap. Bukannya kesemua vila di pasang dengan spycam skodeng ini. Selepas itu mesti ada petugas "housekeeping" atau pembersihan yang akan datang mengutip kad memori daripada spycam skodeng.
Modus operandinya mungkin begini. Apabila petugas bahagian resepsi atau pendaftaran menerima kunjungan penginap yang cantik dan seksi (pada pandangan mata mereka), dia akan mendaftarkan penginap ke dalam bilik khas yang sudah dilengkapi dengan alat spycam skodeng ini.
Setelah penginap "checkout" atau keluar, petugas housekeeping akan datang menukar kad memori daripada alat spycam skodeng tersebut. Jika alat itu perlu ditukar bateri atau dicaj semula, petugas ini juga yang bertaggungjawab.
Senang cerita ini bukan kerja satu orang, mesti ada ramai yang terlibat. Jika seorang sahaja, susah nak jalankan projek jahat ini.
Oleh itu geng Trending Malaysia berharap anda lebih berhati-hati apabila menginap di resort Melaka ini. Bahkan dimana-mana hotel atau homestay di seluruh Malaysia atau dunia sekali pun. Sila terlebih dahulu lakukan pemeriksaan apabila checkin ke dalam bilik.
Anda tidak mahu menjadi mangsa spycam skodeng. Tubuh pasangan anda diintai oleh penjenayah "pervert" ini.
Sila sebarkan dan kongskan bersama amaran ini.
Sekian terima kasih.
0 Response to "BONGKAR !!! SPYCAM SKODENG WANITA DI RESORT MELAKA"
Post a Comment