Anak Sentuh Bahagian Sulit, Bongkar Perbuatan Keji Bapa


RASA curiga seorang ibu di Kajang dengan perlakuan anak perempuannya yang berusia empat tahun menyentuh bahagian sulitnya membongkar perbuatan keji suaminya selama ini.
Apabila ditanya, kanak-kanak itu menjawab bapanya ‘suka bermain seperti itu’, memetik China Press menerusi The Star.
Justeru, wanita berusia 35 tahun itu segera membuat laporan polis pada Isnin lalu.
Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan terdapat kecederaan pada bahagian sulit kanak-kanak terbabit.
Laporan turut menyebut, suspek hanya balik ke rumah sekali sebulan kerana bekerja di luar kawasan.
Pasangan tersebut turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun.

1 Response to "Anak Sentuh Bahagian Sulit, Bongkar Perbuatan Keji Bapa"

  1. xfaham betul la kenapa buat macam tu kat darah daging sendiri!!

    ReplyDelete