ANGGOTA kumpulan After School iaitu Jooyeon mengakui berat badannya susut sebanyak empat kilogram gara-gara berlakon dalam sebuah drama bersiri pertamanya yang dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini.
Portal Soompi melaporkan, keadaan itu berlaku kerana Jooyeon berasa tertekan kerana perlu membuktikan kemampuannya sebagai seorang aktres memandangkan projek tersebut turut dibintangi oleh pelakon terkenal lain.
"Saya gembira apabila ramai pelakon yang saya hormati turut membintangi drama tersebut tetapi pada masa sama ia membebankan kerana saya perlu memastikan lakonan saya setaraf dengan mereka.

"Akibat daripada tekanan itu berat badan saya susut sebanyak empat kilogram," katanya.
Bagaimanapun kata Jooyeon, semua pelakon melayannya dengan baik selain memberikan tunjuk ajar kepadanya sepanjang membintangi drama tersebut.
Jelas Jooyeon lagi, dia berasa tertekan kerana ingin berusaha dengan baik dan mengakui sebagai seorang selebriti dia masih mempunyai banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

0 Response to "Berat Badan Jooyeon (After School) Susut Kerana Tertekan"
Post a Comment