Ingin bergaya seperti Lisa Surihani? Tak susah sebab Lisa lebih pentingkan keselesaan dan kesederhanaan. Skinny jeans, skinny pants, blouse, loose shirt atau sweater merupakan antara fesyen pilihan pelakon cantik ini. Malah, isteri kepada Yusri KRU juga mementingkan kecantikan asli dan lebih gemarkan solekan tipis, solekan tebal hanya dikenakan ketika pengambaraan ataupun majlis rasmi.
Ini Wanista kongsikan 5 fesyen pilihan Lisa Surihani:
1. Simple seperti Lisa Surihani. Lisa memilih sweater dipadankan bersama skinny jeans dan cat flats dari Charlotte Olympia.
2. Ringkas sahaja penampilan Lisa. Hanya mengenakan blouse rona putih dipadankan dengan seluar krim poket di sisi, nampak elegan dengan tas tangan dari Celine.
3. Untuk majlis formal, Lisa memilih long dress rona putih dan disesuaikan dengan tumit tinggi dari rona yang sama, tas tangan dari Lady Dior. Untuk serlahkan penampilan cuba lakukan kontra dengan memilih tumit tinggi seperti dalam gambar.
4. Bila dilihat Lisa kerap memilih warna yang light seperti putih, krim, peach. Ketika bersiaran dalam rancangan hiburan Meletop, Lisa memilih jegging dipadankan dengan blouse dan tumit tinggi. Nampak menarik dan cute sekali.
5. Wanista sukakan penampilan Lisa, nampak segar dan muda sangat. Overall dipadankan dengan kemeja rona hijau lembut, tas tangan dari Chanel dan Vans.
0 Response to "5 Fesyen Pilihan Untuk Anda Bergaya Seperti Lisa Surihani"
Post a Comment