VIDEO: Pengalaman Ngeri Penunggang Motor Langgar Babi Hutan!

KADANG-KADANG, kemalangan jalan raya tidak hanya berpunca dari kecuaian pemandu atau oleh kenderaan lain semata-mata.
Ia juga boleh dicetuskan oleh faktor lain termasuklah haiwan liar, terutamanya di jalan-jalan sunyi.
Video ini dikongsikan oleh seorang penunggang motosikal yang mengalami kemalangan di Jalan Mersing, Johor Bahru, semalam.
Penyebabnya, seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas jalan.
Akibatnya, mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar haiwan itu sehingga dia jatuh dan tercampak ke atas jalan.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana kereta yang lalu di kawasan itu berjaya mengelak daripada melanggarnya.
Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan, manakala babi hutan itu mati serta-merta. Macam-macam…


0 Response to "VIDEO: Pengalaman Ngeri Penunggang Motor Langgar Babi Hutan!"

Post a Comment