Pelakon muda, Faralyna Idris, 23, mengakui dia bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini.
Faralyna yang popular dengan drama 6 Progresif ini juga akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya pada 31 Mei ini.
Mendedahkan kisah cintanya kepada Harian Metro, Faralyna menyatakan,”saya mengenali bakal suami sekadar teman yang lama-kelamaan menjadi teman rapat, namun sepanjang perhubungan itu kami tidak pernah ‘declare’. Apabila sudah lama berkawan saya dapat rasakan keserasian antara kami dan dari situ timbul rasa sayang”.
“Apabila satu hari dia menyatakan hasrat mahu melamar saya menjadi isterinya, terkejut juga kerana melihat kesungguhannya di samping bersedia memikul tanggungjawab baru. Saya dan dia sudah berjumpa ahli keluarga masing-masing dan mereka merestui perhubungan ini,” jelasnya lagi.
Bekas kekasih Hairul Azreen ini juga mengatakan dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri walaupun pada usia yang muda dan menganggap perkahwinan ini tiada kena mengena langsung dengan kekecewaannya terhadap percintaan lama.
Semoga niat murni Faralyna untuk mendirikan masjid berjalan lancar dan teratur seperti yang direncanakan kelak.
0 Response to "Faralyana Idris Kahwin Hujung Tahun Ini"
Post a Comment