VIDEO: Aksi ‘Bodoh’ Yang Nyaris Bawa Maut


Seorang lelaki Australia nyaris maut dengan otak bersepai apabila mengambil keputusan untuk terjun belakang dari bumbung setinggi 3 meter ke kolam renang.
Meskipun aksi bahaya Brodie Sciberras dari Perth ini berjaya, rakaman menunjukkan kepalanya hanya beberapa inci sahaja hendak mengena lantai kolam.
Dirakamkan oleh rakannya, Callum Lloyd, dapat didengar rakan-rakan Brodie menyatakan ‘jaraknya terlalu jauh’ dan ‘kamu boleh mati, saya tak mahu tengok!’
Selepas dimuatnaik 12 Januari lalu di YouTube, video ini mendapat tontonan lebih 120,000 dengan rata-rata memberikan komen ia satu tindakan bodoh dan Brodie cuma bernasib baik tidak mati kerana tindakannya itu.

0 Response to "VIDEO: Aksi ‘Bodoh’ Yang Nyaris Bawa Maut"

Post a Comment